49 Gambar Peserta Bersih 3.0 diburu Polis kerana Merusuh

on Thursday 3 May 2012


Pihak berkuasa telah mengecam 49 wajah Peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak Polis kerana merusuh termasuk seorang wanita. Sesiapa yang menjumpai dan mengenali wajah-wajah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 / 019-3872344.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

"Kesemua gambar 49 orang itu kita siarkan melalui pihak media," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.





Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Mohmad berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual eksklusif dengan Umno-Online, berkata polis akan meneruskan siasatan bagi membolehkan pihak Peguam Negara melakukan dakwaan terhadap mereka yang merancang dan mencetuskan keadaan huru-hara pada perhimpunan Sabtu lepas.

Katanya lebih 100 individu sudah dikenal pasti dan Polis Kuala Lumpur hari ini menyiarkan lebih 40 gambar melalui media. "Saya tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman. "Tetapi apabila (perhimpunan) dirampas oleh golongan (yang mencetuskan hura-hara) ini saya percaya bahawa mereka juga mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan," katanya.

Mengenai sebilangan anggota polis dikatakan gagal mengawal emosi ketika bertindak meleraikan perhimpunan itu, Hishammuddin berkata mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

"Bayangkan ketika itu, jumlah polis yang dikerahkan untuk mengawal keadaan berjumlah 14,000. Kalau 14 (orang polis) yang salah laku takkan kita nak menggambarkan kesemua polis yang ada di perhimpunan itu sebagai 'brutality police' (kezaliman polis).

"Ini sebenarnya usaha nak mencemarkan imej polis dan negara kepada dunia dan ini satu matlamat yang saya tengok jahat. Tetapi mana-mana anggota kita yang salah tetap salah dan kita akan ambil tindakan sama saja dengan mereka lain mengikut undang-undang yang ada," katanya. -BERNAMA

Kepada Peserta Bersih 3.0 yang dibangga-banggakan rusuhan bersih 3.0, sekiranya anda ditangkap, sila hubungi anwar ibrahim dan Ambiga untuk mendapatkan jaminan daripada mereka. Sekiranya kedua dua tokoh ini tidak mengambil tindakan untuk membantu anda, G.A.M berpendapat mereka telah memperalatkan peserta bersih 3.0 secara halus. Anda Pikirkanlah Sendiri.

Nasihat dari G.A.M sebelum buat rusuhan pikirlah dulu mengikut kata hati bukan emosi.... sure sedih mak bapak diorang nie tengok keadaan anak anak mereka merusuh tak berasas.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved