10 Gambar Masjid Terindah di Dunia

on Friday 27 July 2012


Bulan puasa merupakan satu bulan yang begitu mulia di bulan ramadhan. Hampir kesemua umat islam pastinya akan hadir ker Masjid untuk memenuhi solat tarawih. Oleh itu saya nak berkongsi dengan anda semua gambar gambar masjid yang dianggap tercantik dan terindah didunia. Mungkin selepas anda melihat gambar gambar ini hati ada juga terdetik untuk mengerjakan solat di Masjid berkenaan.insya-Allah, dengan izin-Nya, kita akan ke sana satu hari nanti.

1. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.


2. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.



3. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.



4. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.


5. Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.


6. Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.



7. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha



8. Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.


9. Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.



10. Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved