Gambar Bob Kuman Meninggal Dunia - Al-Fatihah

on Thursday 3 May 2012

Sebelum ini kita digegarkan dengan berita palsu bob kuman meninggal dunia, kini telah menjadi kenyataan apabila berita kematian ini telah disahkan benar-benar berlaku. Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali Bob Kuman berusia lingkungan 40 telah disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara pada jam 4.38 petang.



Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.



Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu.


Video terakhir allahyarham Bob Kuman beberapa minggu yang lalu:

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Bob Kuman.Semoga roh beliau dicucuri rahmat di alam sana.Al-Fatihah!.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved