Yuna dan Samsung Galaxy Note Jayakan Projek Sparkle

on Thursday 3 May 2012



Sekiranya anda salah seorang peminat setia Yuna atau anda meminati lagu lagu Yuna,  Anda boleh mengikuti perkembangan kerjasama antara Yuna dan Samsung Malaysia melalui “The Sparkle Project”.

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna seorang penyanyi dan komposer kini telah  dilantik untuk menjadi Duta produk Samsung Galaxy Note. Yuna kini bekerjasama dengan Samsung untuk mempopularkan Smartphone hybrid Galaxy Note di Malaysia. Bagi menjayakan projek ini satu laman web khas telah dibina khususnya untuk menjayakan projek dinamakan “The Sparkle Project”.

Preview Laman Web The Sparkle Project



Perkembangan terkini Yuna dalam proses pembikinan untuk  menerbitkan video muzik klip terbaru bersama lagu barunya berjudul "Sparkle" yang akan dirakam sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note.  Yang menariknya rakaman tersebut akan diedit juga menggunakan perisian Samsung Galaxy Note. Dengan terciptanya video klip ini, Peranti model Samsung Galaxy Note ini akan mencipta setahap kehadapan sekaligus memberikan keyakinan kepada pengguna untuk memilikinya.


Apabila laman “The Sparkle Project” di www.sparkleproject.my dibuka sepenuhnya, anda boleh lihat  keunikkan laman website itu. Website ini sungguh interaktif dengan menggunakan plug-in  flash animasi.

Terdapat 6 Menu Utama didalam laman “The Project Sparkle”  iaitu The Song (Listen to  Sparkle Song), The Idea Cloud (Submit Idea Room), Daily Feed (Talk to Yuna), The Galaxy  Note-d (Unique Autograph) , The Note (Learn About the Note) dan How it Works (Learn about the  Project).  Setiap menu dilengkapi dengan rekabentuk yang unik.



Yuna dan Samsung Malaysia memberi peluang kepada anda untuk menyumbangkan sebanyak idea anda sendiri bagi mencipta video muziknya. Anda boleh menghantar idea 'gila' anda melalui  rakaman video, kiriman bergambar melalui Twitter untuk Yuna melihatnya. Mungkin salah satu  idea anda itu memikat Yuna dan mendapat idea untuk video muzik terbarunya.

Oleh itu anda disarankan untuk melayari laman “The Sparkle Project” di  http://www.sparkleproject.my

sumber : Gossip Artis Malaysia

Artikel ini merupakan sebuah artikel tajaan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved