Sasha Elite Sah Bercerai

on Wednesday 11 July 2012



Setelah perhubungan mereka penuh tanda tanya, kini bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pukul 2.55 petang di sini hari ini.


Hakim Shaiful Azli Jamaluddin menerima lafaz dari Salyo pada pukul 2.55 petang pada hari Selasa 09/07/12 dan mengesahkan Sasha Elite menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula tarikh lafaz di sahkan.

Ketika lafaz cerai di sahkan, kedua-duanya di lihat mengalirkan airmata. Salyo turut berkata;

“Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,” kata Salyo.


Mahkamah telah memerintahkan Salyo untuk membayar wang edah sebanyak RM300 selama 3 bulan kepada Sasha dan difahamkan pihak Salyo juga bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.



Sasha dan Salyo yang telah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2007, dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang kini berusia tiga tahun.

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved