Gambar dan Video Justin Bieber bersama Selena Gomez Shopping di Wangsa Walk

on Saturday 14 July 2012



Gempar dan Panas apabila gambar artis luar negara, Selena Gomez dan pasangannya, Justin Bieber sedang berpacaran di Wangsa Walk, Kuala Lumpur. Malah pasangan ini dilihat berpegangan tangan ketika gambar diambil.

Penyanyi yang penuh dengan gossip sana sini iaitu kedatangan Justin Bieber ke Malaysia memang menjadi satu tarikan utama dan nama beliau sendiri sebenarnya lebih besar daripada acara yang bakal diadakan esok.

Awal tengah hari tadi, heboh pengguna di Twitter tentang sekeping gambar yang menunjukkan Justin Bieber bersama kekasih hatinya Selena Gomez sedang berada di sebuah kompleks membeli belah.

Pasangan ini di lihat berjalan berpimpinan tangan di Wangsa Walk dan kehadiran Justin Bieber ini pastinya satu kejutan buat pengunjung pusat membeli belah itu khususnya golongan remaja yang ingin melihatnya dari dekat berkenaan 2 selebriti popular ini.






Ramai peminat Justin Bieber dan Selena Gomez terkejut mendengar berita ini. Tidak kurang juga ramai yang terkejar-kejar menuju ke Wangsa Walk. Nantikan acara yang bakal disertai Justin Bieber dan Selena Gomez esok.

 Video Justin Bieber dan Selena Gomez Shopping di Wangsa Walk

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved