Abby Abadi Sahut Berdebat dengan Dato’ AC Mizal?

on Saturday 14 July 2012


Macam - macam hal apabila ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

"Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Terkini :

Politik kini semakin dijiwai oleh pebagai pihak sama ada seorang bapa, isteri pekebun artis dan lainnya. Tidak terkecuali Abby Abadi dan AC Mizal berpolitik mahupun terpolitik.


Sungguhpun demikian, seandainya ianya dapat memberikan input maka biarkanlah dan kita lihat kesudahan debat Abby Abadi Vs AC Mizal ini. Manakala andai segelintir golongan menganggap ia tidak menyumbangkan apa-apa, maka abaikanlah.

Persoalannya apakah perdebatan ini akan memberikan kebaikkan kepada kedua dua pihak? Adakah ini salah satu isu untuk menaikkan semula populariti atau sebaliknya?


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved