Will Smith Tampar Wartawan - Isu Cium Mulut

on Tuesday 22 May 2012

Video - Pelakon Popular Hollywood, Will Smith telah menampar seorang wartawan televisyen yang dikata mencuba untuk mencium bibirnya pada upacara permaidani merah untuk tayangan perdana, Men in Black III, di Moscow.

Lelaki bernama Vitalii Sediuk, iaitu seorang wartawan lelaki dari saluran televisyen Ukraine 1+1, sebelum ini pernah menjadi tajuk utama ketika dahulu apabila dia menyampaikan sejambak bunga yang didakwa untuk menghina MADONNA, di Festival Filem Venice tahun lalu.

Smith bagaimanapun yang kurang selesa dengan kelakuan wartawan tersebut mula mendekatinya dan cuba untuk mencium beliau dan Smith menegaskan dengan kenyataan berikut.

"C'mon man, what the hell is your problem buddy?" kata Smith sambil menolak Sediuk dan menampar perlahan pipi dengan tangan kirinya.

"Dia beruntung saya tidak menumbuknya," kata Smith kepada wartawan dan peminat yang ramai.

"Oh, saya berkata ini di hadapan kamera. Ia bagus sekali."

Smith berkata beliau menganggap Sediuk cuba mencium mulut, tetapi ia tidak jelas sama ada wartawan itu berniat berbuat demikian atau hanya mahu mencium pipinya kerana beliau segera berpaling untuk mengelak.

Smith telah menolak Vitalli dan menampar muka wartawan itu dengan belakang tangan kirinya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved