Persembahan Artis K-Pop di Hari Belia Negara 2012 Berharga 2 Juta?

on Thursday 31 May 2012


Persembahan tidak senonoh dipaparkan pada Hari Belia Negara baru baru ini, benar benar mendapat tentangan dari sesetengah pihak, dimana persembahan mereka betul betul menonjol dan terjojol mata nampak spender sana sini, golongan yang melihat bukan sahaja remaja tetapi ibubapa juga, Adakah persembahan ini sudah menjadi trend di Hari Belia Negara.

Mungkin kerana akur dengan teguran dan kritikan pedas pelbagai pihak terhadap KBS, menteri nya pada hari ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf nya boleh di ikuti kat bawah.


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.


“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.


Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.


Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.


Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.


Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.


Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.


“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.


“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.


Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.


Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.


Kerajaan Bayar RM 2 Juta? Persembahan Seksi?

Kita mengucapkan syabas kerana akhirnya menteri berlapang dada menerima teguran2 dari kita. Dan kita berharap pada masa akan datang, acara yang tidak berfaedah tidak akan diteruskan lagi. Jika benar2 ada keperluan membawa masuk artis luar negara, diminta agar mereka semua berpakaian sopan dan menari dengan rentak tari yang tidak keterlaluan.




Dalam pada itu kita berharap KBS juga boleh menjawab mengenai isu persembahan artis KPOP dibayar sebanyak RM 2 JUTA  baru-baru ini pada Perhimpunan Jutaan belia 2012.


Persoalannya pernahkah artis malaysia menerima bayaran seperti ini?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved