Ogy Ahmad Daud Ganti Dira Jadi Pengacara Melodi

on Wednesday 9 May 2012

Dira telah diberhentikan dari menjadi Pengacara Melodi selepas kes dia memukul orang di sebuah kelab malam. Menurut Produksi Melodi Tv3 kemunculan Ogy semula di Melodi bukan menggantikan tempat Awal Ashaari yang baru berkahwin tetapi menggantikan Dira. Status terkini Ogy Ahmad Daud bertindak sebagai pengacara jemputan dengan Zizan Raja Lawak.

Surat Khabar tempatan, mStar Online telah mengeluarkan artikel bertajuk Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi dan menyatakan kehadiran Dira dalam Melodi kurang memberikan impak kepada penonton.

 “Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya.” – Azman Abd Ghafar, penerbit Melodi 

Info terbaru yang kami terima, pihak Melodi telah memutuskan untuk menggunakan khidmat pengantin baru yang juga seorang pengacara TV, Awal Ashaari. Awal akan digandingkan bersama Zizan bermula 20 Mei dan jangan lupa saksikan mereka dalam rancangan Melodi, setiap hari Ahad pada jam 12.30 tengah hari di TV3.

Apakah pandangan anda? Anda suka Ogy pengacara Melodi 2012?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved