Kereta Polis Rempuh Pagar Rumah PM Najib - Isu Mabuk atau Mengantuk?

on Sunday 20 May 2012

Dua konstabel anggota polis parah, manakala tiga rakan mereka cedera ringan selepas kereta dinaiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya, awal pagi semalam.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian kelima-lima mereka berada di luar tugasan dan baru pulang dari satu tempat yang belum dikenal pasti.

“Kita masih siasat punca kejadian dan bagaimana mereka boleh merempuh pagar. Masih terlalu awal membuat andaian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sukan Rakyat sempena sambutan Hari Polis ke 205.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved