Justin Bieber diburu Polis - Isu Belasah Jurugambar

on Tuesday 29 May 2012



Jangan  terkejut, disebabkan populariti Justin Bieber, di Malaysia juga ada Bubur Justin Bieber, cukup popular remaja ini, namanya senantiasa dimulut dunia.

Kini isu terbaru Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar (paparazi).

Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan.

Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan
Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California.

Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang.

Siapa sangka remaja yang kecil kecil ini mampu menyerang dan membelasah remaja yang lebih besar dari tubuh badannya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved