• Home
  • SUBSCRIBE
Artis Kini

Home > Uncle Usin bakal pecah panggung? > Uncle Usin bakal pecah panggung?

Uncle Usin bakal pecah panggung?

Posted by Admin on Thursday, 19 April 2012 at 19:09


Poster Uncle Usin


 Jika selama ini, kita biasa melihat keletah Zizan dan Johan mengacarakan program TV. Namun, buat pertama kalinya, Zizan dan Johan akan tampil dalam sebuah filem berjudul Uncle Usin.
Filem yang diarahkan oleh Husri Husain ini turut dibintangi Nabil Raja Lawak. Jadi, tentunya, penonton boleh membayangkan betapa ‘gamatnya’ filem ini.
 
Malah, tidak mustahil, filem Uncle Usin akan pecah panggung dengan tarikan tiga teraju filem tersebut, apatah lagi Zizan dan Johan, baru sahaja memenangi anugerah baru-baru ini.
 
Jika dilihat dari promo filem ini, Zizan dan Johan tidak digandingkan sekali. Bagaimanapun, banyak unsur jenaka yang diselitkan sehingga menggeletek penonton.
 
Namun, bagaimana keseluruhan jalan cerita ini dan berapa bintang yang boleh layak diterima, tidak dapat penulis berikan memandangkan filem ini tidak melakukan sebarang sesi pratonton.
 
Bagi anda yang mahu mengetahui jalan cerita dan melihat sendiri lakonan pertama Zizan dan Johan di dalam satu filem, bolehlah menonton filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin yang mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran.
 
Selain Zizan, Johan dan Nabil, turut membintangi filem ini adalah Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya dan Yank Kassim.
Filem yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 (Zizan Razak) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris (Mat Over), atas permintaan anaknya Julia (Shikin Kamal). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 (Johan), seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan (Ebby Yus).

 
Uncle Usin 
PENGARAH : Husri Husain
PELAKON : Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak.
GENRE : Komedi
DURASI : 1jam 30minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 19 April 2012
- ---
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Newer Post Older Post
Home

Popular Posts

  • Scandal Video Guritno Wulan?
    Several months after the wedding party pernikahannya, meaning beautiful section nan Wulan Guritno got gosip not tasty. This beautiful actres...
  • Sein Ruffedge Dan Nana Bercerai
    Bekas penyanyi kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dengan anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Taib, Noor Diya...
  • Malique(Too Phat) dan Melissa Maureen berkahwin?
    credit to ohbulan.com
  • Hari ke 11: Hadi mangsa banjir? PAS solat kiblat bendera?
    Hadi dah beghut muka  Orang tertanya di mana Hadi sekarang. Sampai bila Hadi mahu sorok-sorok dan hilang. Dengar khabar buku "Kafirkah ...
  • Sami Yusuf Berduet Bersama Datuk Siti Nurhaliza
    SAMI berasa sangat bertuah kerana meraih peluang keemasan berduet dengan Siti Nurhaliza. NAMA Sami Yusuf barangkali sudah tenggelam bagi pem...
  • 10 Gambar Masjid Terindah di Dunia
    Bulan puasa merupakan satu bulan yang begitu mulia di bulan ramadhan. Hampir kesemua umat islam pastinya akan hadir ker Masjid untuk memenuh...
  • Zizan Razak Anggap Aznil Sebagai Hero
    Zizan (Raja Lawak). PETALING JAYA:   Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sangat mengagumi pengacara terkenal iaitu Aznil Nawawi dan menganggap ...
  • Punca Cham (VE) Bercerai ?
  • Maya Karin Bercinta Dengan Yusry KRU?
    Maya terima Yusry SEJAK kebelakangan ini nama Maya Karin dan Yusry Abd. Halim digosipkan sedang bercinta gara-gara mereka berdua diliha...
  • Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis
    Kuza menganggap kitaran dalam dunia lakonan adalah perkara biasa bagi seseorang artis. PETALING JAYA:   Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani ...
 
© Artis Kini All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net.