Hilang Dara sudah menjadi kebanggaan golongan pelajar - Ahli Kelab Tiada Dara

on Friday 24 August 2012



PELAJAR IPT DIJANGKITI HIV, KELAB TIADA DARA DI MALAYSIA
- Ketika dahulu dara merupakah sesuatu mahkota penting buat seseorang wanita, sekiranya dara tiada, golongan wanita menganggap dirinya sudah tidak berguna lagi didunia ini, tetapi pada zaman yang serba moden ini, ketiadaan dara merupakah sesuatu aset yang bernilai buat seseorang wanita. Ikuti salah seorang pelajar IPT ini.

Mereka golongan terpelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak ingin melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.


Malah, sesiapa yang masih dara akan dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved