Gossip Jue Aziz kekasih Aidil mula tersebar?

on Friday 24 August 2012


Pastinya anda masih ketahui bahawa Aidil masih suami Rita Rudaini. Kini timbul pula gossip baru bahawa Jue Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil, kesahihannya masih belum diketahui dari penyebar tersebut, kini Jue Aziz menunggu orang yang menyebarkan berita ini disusuli dengan bukti yang sahir, Ikuti kenyataan dibawah

Maklumbalas pertama secara rasmi dari satu pihak berkaitan gossip yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta sudah keluar dan ianya agak menarik.

Jue Aziz hari ini menerusi Kosmo! menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang kini masih suami kepada Rita Rudaini.

Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa.

“Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk,” ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini.

“Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil & jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu.”

Menariknya, Jue Aziz mendakwa yang beliau tahu gossip ini timbul angkara siapa kerana ia’nya turut melibatkan nama Ayu Raudhah — dan beliau meminta bukti.

“Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah,” tambah Jue Aziz.

Sama ada hubungan ini benar ataupun tidak, G.A.M doakan mereka berdua bahagia bersama ...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved