Gambar Ibu Johan Terima Nabila Seadanya

on Friday 24 August 2012


Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Pun begitu baik Johan As'ari mahupun Nabila Huda, tegas menjelasakan yang mereka hanya berkawan rapat. Meskipun beberapa kali timbul cerita dua selebriti ini sedang hangat menjalin cinta. Apapun status perhubungan mereka, bagi ibu Johan, Datin Hajah Firdaus Binti Abdul Kadir memberitahu tiada halangan daripada pihak keluarga malah sebagai ibu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya dengan aktres tersebut.

“Saya tak ada masalah dengan perhubungan Johan dan Nabila. Nabila memang selalu datang rumah. Dia pun dah kenal keluarga saya. Pada pandangan saya, Nabila ini baik orangnya, hormat orang tua dan juga pandai masak “.

“Soal jodoh ini bukan kita yang tentukan. Kalau dah jodoh Tuhan kata, Johan dengan dia (Nabila), saya terima seadanya. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini memang perhubungan Johan dengan Nabila merupakan kawan rapat sahaja. “, kata ibu Johan kepada Gua.com baru-barfu ini.

Dalam masa yang sama, Johan tetap mengatakan perhubungan beliau dan Nabila terjalin atas dasar persahabatan. Menurut Johan, beliau sudah lama mengikuti kerjaya lakonan Nabila dan mengagumi bakat Nabila di hadapan kamera. Justeru, peluang berlakon bersama Nabila sebelum ini disifatkan sebagai satu peluang yang cukup berharga untuk berkerja bersama pelakon berbakat seperti Nabila. -MD-
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved