Chong Wei tewas kepada Lin Dan

on Sunday 5 August 2012


Malam tadi keputusan Badminton, Malaysia diwakili oleh Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia buat selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.

Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'. Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata.



Walaupun rakyat Malaysia amat mengharapkan Lee Chong Wei membawa emas olimpik London 2012 tidak kesampaian namum kita patut memberi pujian kerana beliau telah memberikan aksi yang terbaik. Adat permainan, ada menang dan ada kalah. Gambar diatas menunjukkan kesedihan lee chong wei menduduki tempat ke 2.

Terima kasih dan pujian harus diberikan pada Dato' Lee Chong Wei menyumbang pingat perak sekaligus kini nama Malaysia termasuk dalam negara-negara memenangi pingat olimpik London 2012.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved