Cara Menggoreng Ikan Bilis Supaya Rangup

on Tuesday, 31 July 2012



Bulan puasa ini pastinya suka masakkan makanan goreng goreng, terutama makanan yang simple seperti sambal ikan bilis.

Hari ini G.A.M nak kongsi petua menggoreng ikan bilis supaya rangup. Ermm lapar plak perut nie..

1. Macam biasalah perlu ada Ikan Bilis.

2. Belahkan ikan bilis tu dan buangkan kekotoran dalam perut ikan bilis itu.

Kemudian ini lah saat yang kita nanti nantikan..

3. Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.

4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ada asap-asap sikit.

5. Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.

6. Lepas seminit dua atau apabila korang nampak ikan bilis ada kuning2 sikit, kecilkan api dan gorang sampai masak


7. Hasilnya taraaaaaaaaaaaaaaaaaa kompom rangup...

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved