Alyah Akhirnya Mengaku ‘Berkawan’ Dengan Ramli MS

on Wednesday 18 July 2012

Alyah Akhirnya Mengaku 'Berkawan' Dengan Ramli MS, Dalam Proses Kenal Hati Budi
Setelah lama berteka-teki, akhirnya penyanyi popular, Alyah membuka mulut mengenai status hubungannya bersama pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS. Alyah ketika dihubungi MH Online petang tadi memberitahu;
“Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.
” Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,”ujar Alyah yang kini sedang sibuk mempromosikan ‘single’ terbarunya, ‘Lena Sahara’ sempena Ramadan ini. (Media Hiburan)

- ---
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved