PARTI PAS BERJAYA MENAMBAT HATI PELAKON HAIRIE OTHMAN

on Thursday 21 June 2012




Sebelum ini kita telah mendengar Amy Search dan beberapa artis lain yang mengikuti parti UMNO, kini Parti Pas juga mempunyai artis artis pilihannya sendiri untuk berdaftar di bawah parti PAS

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.



Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.


KENYATAAN KERAMAT DARI HARI OTHMAN

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.


"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. - Harakah Daily -
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved