Osman Kering Meninggal Dunia Palsu?

on Thursday 14 June 2012


Kecoh apabila dimaklumkan Osman Kering meninggal DUnia pada 11/Jun/2012 seperti di nyatakan dilaman website Sinemamalaysia.com

Isteri Osman Kering, Puan Che Norhayati Che Omar, 48 mengakui akibat berada di’dalam keadaan panik, anak perempuan mereka, Eiby, 16 tersilap membuat kenyataan kepada pihak media tentang status kesihatan ayahnya.

Status terkini Osman Kering kritikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Pelakon dan pelawak, Osman Kering berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim yang kini berusia 58 tahun,dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang semalam dikhabarkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering

Terdahulu tersebar berita yang mengatakan beliau meninggal dunia menerusi blog-blog tertentu,Ekoran itu Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan menafikan dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini

Berikut adalah Profil Osman Kering sepanjang ia bergelar Artis Malaysia

Lakonan
2012:      Kantoi - (Pelakon Pembantu)
2008:      Antoo Fighter - (Artis Jemputan)
2008:      Senario The Movie: Episode 1 - (Artis Jemputan)
2007:      9 September - (Pelakon Pembantu)
2006:      Tentang Bulan - (Pelakon Pembantu)
2006:      Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2005:      Kemarau Cinta - (Pelakon Tambahan)
2005:      Pontianak Menjerit - (Pelakon Pembantu)
2003:      MX3 - (Artis Jemputan)
2003:      Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002:      Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2001:      Lagi-Lagi Senario - (Pelakon Tambahan)
2000:      Soal Hati - (Pelakon Pembantu)
1998:      Raja Melewar - (Pelakon Pembantu)
1996:      Superstar - (Pelakon Pembantu)
1995:      XX Ray 2 - (Pelakon Pembantu)
1995:      Cinta Rosevilla - (Pelakon Pembantu)
1995:      Ringgit Kasorrga - (Pelakon Tambahan)
1992:      XX-Ray - (Pelakon Pembantu)
1990:      Adik - (Pelakon Pembantu)
1986:      Si Jantung - (Pelakon Pembantu)


Jika dilihat Artis ini banyak melakonkan watak yang pelbagai adegan, tetapi mengapakah sehingga sekarang ia tidak diberikan gelaran DATUK ataupun memberikan apa apa pingat sebagai keperihatinan dan penghargaan kepada beliau. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved