Majalah BPOP Paparkan Melia Kaki Hutang - Panas!!

on Monday, 25 June 2012


Artis Muda ini sering kali meletup dengan cerita cerita yang boleh mengaibkan namanya sendiri, sebelum ini cerita berkenaan gambar lucah dan nampaknya kisah gadis bernama Melia ini kini kembali lagi, dan terbaru mengisahkan gossip panas oleh wartawan BPOP yakni Raja Nurfatimah Mawar yang menghebahkan gossip Melia kaki hutang.

Bukan main hebat si wartawan hentam gadis dan artis yang baru menapak dalam industri hiburan ini. Mungkin ada bukti yang sahih sehinggakan Raja (wartawan) menghentam Melia sampai sedemikian rupa.

ZoOM baca tajuk pun terkejut, dan kadang-kadang tajuk adalah gimik semata-mata, namun lain pula yang berlaku dengan tulisan dimajalah tersebut yang sama hangat dengan tajuknya.

Dan paling menarik perhatian ZoOM ayat dibawah :



        "RAJA:Teringatkan kisah seorang ibu artis muda yang berangan hidup macam orang kaya sedangkan hutang keliling pinggang".


Kita tunggu maklumbalas Melia mengenai gossip terbaru ini.

Apa pandangan anda tentang artis ini?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved