Khairul Fahmi dan Safiq Rahim Duta Maxis Terbaru

on Wednesday 20 June 2012

Siapa kata pemain bola sepak tidak boleh mencari side income, zaman sekarang memang benar benar berubah, persoalannya anda mahu atau tidak sahaja, dua pemain boleh sepak negara kini telah dipikat oleh satu syarikat telekomunikasi gergasi iaitu Maxis.

Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menjadi duta Maxis, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pula telah dilantik sebagai duta baru syarikat telekomunikasi berkenaan.

Bersempena perlantikan tersebut, kedua-dua figura popular itu mengajak peminat setianya untuk menonton perlawanan Euro 2012 bersama di beberapa lokasi terpilih.

Difahamkan, Apex dan Safiq bakal berada di Kota Damansara untuk meluangkan masa bersama peminat bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2012 pada 2 Julai ini.

Lebih menarik lagi, peminat juga berpeluang untuk menyertai permainan online, Maxis Football Guru di mana Apex dan Safiq akan bermain bersama peminat.

Dengan hanya melayari laman Facebook Maxis, anda boleh menyertai permainan ini sekaligus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah sesi beramah mesra bersama kedua-dua pemain popular ini.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengenali secara dekat dengan Apex dan Safiq yang telah berkongsi pengalaman manis sepanjang bergelar atlet negara dalam kempen ini.

Oleh itu kepada sesiapa yang tidak pernah bersemuka dengan dua pemain negara ini, G.A.M galakkan anda pergi ke sana dan mengenali dua pemain negara kita yang begitu gah dipersada bolasepak kita. Apa tunggu lagi jom meriahkan majlis tersebut dengan kehadiran anda semua.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved