Keputusan Perlawanan Malaysia U22 (2) vs Qatar U22 (0)

on Sunday 17 June 2012

Keputusan perlawanan persahabatan Pasukan Negara Harimau Muda menewaskan pasukan bawah 22 tahun Qatar 2-0 merupakan satu impak yang besar tentang pembangunan pasukan bolasepak negara yang berlansung di Stadium Shah Alam, pada petang tadi.

Pada babak pertama, Harimau Muda telah menunjukkan kualiti permainan yang baik dan berjaya melancarkan serangan berbahaya ke gawang pasukan Qatar.

Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda iaitu Mohd Irfan Fazail pada minit ke 25 dan gol kedua dijaringkan oleh Md Rozaimi Abd Rahman.

Pada babak kedua, insiden pergaduhan berlaku apabila bintang sensasi, Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang selepas dia gagal mengawal perasaan apabila pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla mengasari Mohd Azrif Nasrulhaq. Abdelkarim juga dilayangkan kad merah lima minit sebelum waktu rehat.

Skuad kebangsaan dilihat mendominasi sepanjang separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 orang pemain menampilkan corak permainan agresif dan pantas, sambil pasukan Qatar gagal memberi sebarang ancaman kepada skuad Ong Kim Swee.

Ini merupakan pentas akhir buat Kim Swee untuk persiapan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi saingan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, yang membuka tirainya 21 Jun ini.

Tahniah buat pasukan negara kerana sudah matang dalam mencipta bentuk serangan yang berbahaya di pintu gol lawan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved