Gambar Majlis Pernikahan Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp

on Wednesday 6 June 2012


Tahniah buat Nurul Abdul Wahab kerana telah selamat bergelar isteri kepada Eric Daniel Depp hanya sekali lafaz di Duchess Place sekali gus telah menamatkan zaman jandanya. Merujuk kepada Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab. Nurul turut ditemani anak tunggalnya Ayu Nazirah, 14.

Sebelum ini Nurul Wahab pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Ajai dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata sebelum bercerai setelah 11 tahun berumah tangga.

Majlis itu turut dihadiri 200 tetamu dikalangan keluarga terdekat, teman rapat dan media. Noorul Huda Abdul Wahab, 35, menerima mas kahwin RM 80 dan EURO 5000 (RM 20,000) wang hantaran.Tahniah buat Nurul dan Eric.

Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Rizman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.

Kepada Peminat Nurul, G.A.M berkongsi beberapa gambar Majlis Perkahwinan Nurul dan Eric.









G.A.M ucapkan semoga kekal hingga ke akhir hayat bersama.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved