GAMBAR KAKI YUNA CETUS KONTROVERSI

on Tuesday 5 June 2012


Popular salah tak Popular pun salah,barangkali ini sudah menjadi lumrah artis kini, Yuna baru baru ini telah mengupload gambar kakinya ke Instagram telah mencetuskan kontroversi pada sesetengah pihak dan kalangan peminatnya.

Gambar tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahannya.


Gambar kaki yang diupload oleh Yuna ke Instagram mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya. Yuna yang sudah diketahui aktif ber’Istagram’ telah menghantar gambar ini ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahan beliau.

Yuna sering kali dilihat memuat naik gambar-gambarnya di profil Instagram miliknya tidak kiralah di mana sahaja dia berada.


Dalam kegembiraan tersebut, gambar kaki yang diuploadkannya telah dikutuk habis habisan didalam laman twitter. G.A.M juga tidak memahami, pada G.A.M gambar tersebut tidak lah dikira keterlaluan.

Menerusi laporan dari Rotikaya.com, peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya. Bagaimanapun, Yuna telah pun memadamkan komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.

Persoalannya sekarang adakah mendedahkan aurat seperti tapak kaki dibalasi dengan kutuk dan komen komen yang boleh menyinggung perasaan artis ini? Adakah ini wajar?

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved