Katanya lagi
Saya tiada apa-apa alasan kenapa perlu ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30, kata Fazurina.
Walaupun sedar kemungkinan tawaran berlakon bakal berkurangan, namun Fazurina tetap optimis dan menganggap setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang datang daripada Allah.
Kalau Fazurina tidak bertudung pun kata rezeki itu bukan milik saya, ia tetap tidak akan menjadi hak saya. Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat apa-apa mengenainya. Usaha itu lebih penting,” kata Fazurina.
Dalam pada itu, Fazurina memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran untuk berlakon sebagai watak utama untuk siaran TV3 namun dia terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
Niat saya bertudung bukan sementara, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya percaya dengan rezeki dari Allah,” ujar beliau.
Alhamdulilah Fazurina kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama “Trilogi Cinta” musim terbaru untuk RTM sebanyak 40 episod yang bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. - mstar-
G.A.M berharap perubahan ini akan senantiasa kekal sehingga ke akhir hayat..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment