To'ki Peminta Sedekah di Pasar Borong Selayang?

on Tuesday 22 May 2012

To'Ki Kecewa Digelar Peminta Sedekah
Nama yang tidak asing lagi di persada seni tanahair ketika era 90an telah didakwa oleh segelintir blogger bahawa dia kini telah menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang.

To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.

To'ki yang ditemuramah oleh mStar Online baru baru ini, dia berkata  dia tidak menafikan sering berkunjung ke pasar borong tersebut untuk bertemu rakan-rakannya dan bersarapan pagi di kedai berhampiran.

Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.

Persoalannya sekarang? Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat? ujarnya lagi.

To'ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar menuduhnya menjadi kongsi gelap, kemudian penagih dadah dan kini peminta sedekah. Nampaknya To'ki telah melalui pada saat saat yang begitu sukar dalam hidupnya.

Kepada mereka yang menabur fitnah, sudah sudah lah, kalau betul takper, ini ternyata meleset, wat dosa jer..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved