Super Spontan Akhir - 6 Finalis Berentap!

on Wednesday 30 May 2012


Akhirnya Super Spontan telah sampai ke penghujungnya dimana segala persoalan sudah terjawab. 6 finalis sudah diumumkan. Super Spontan Akhir bakal digegarkan dengan 6 finalis yang merebut hadiah RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Rahim, Johan, Ropie, Zizan, Suhaimi dan Tauke telah diumumkan sebagai finalis Super Spontan dalam Separuh Akhir Super Spontan yang telah menyingkirkan Bell dan Nana.

2 penyingkiran ini telah dilakukan secara berasingan berdasarkan pasukan yang tewas minggu lepas iaitu Beruang Comel dan pasukan yang tewas minggu ini iaitu Angsa Ganas. Bell telah diumumkan tersingkir di awal rancangan manakala Nana diumumkan tersingkir selepas Angsa Ganas tewas minggu ini.

Permainan Super Spontan kali ini adalah Sketsa Ayat Penyata, Sketsa Berabjad Terbalik, Ciptaan, Alih Suara dan Jamuan Teh Cik Kiah dan Cik Eton. Kebanyakan permainan kali ini pernah dimainkan kecuai Alih Suara. Sketsa Berabjad pula diberi nafas baru dengan dimainkan secara terbalik. Ternyata lebih sukar untuk dimainkan.

Siaran Super Spontan Akhir minggu hadapan akan disiarkan pada jam 10.30 malam. Satu rancangan khas iaitu Ramalan Super Spontan akan disiarkan pada jam 10 malam sebagai "pemanas badan" sebelum bermulanya Super Spontan Akhir.

Bagaimana aksi 6 finalis untuk minggu akhir nanti?? Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Super Spontan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry?

Jangan lupa saksikan dan menonton dalam Super Spontan Akhir, Jumaat, 10.30 malam di Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura.

Sedutan Super Spontan Separuh Akhir :



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved