Johan dan Afdlin Shauki dikecam Kutuk Bersih 3.0?

on Monday 14 May 2012



Barangkali setiap artis perlu peka dengan keadaan semasa sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh menghina seseorang secara langsung mahupun tidak secara lansung. Baru Baru ini isu hangat berkenaan video yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Harun Salim Bachik dan Dee telah dikecam dan diboikot oleh penyokong Bersih.

Didalam Video ‘Esok Nak Demo Ni’ itu seolah olah mempersendakan penyokong Bersih. Rata-rata ingin Johan membuat sebuah video untuk memohon maaf atas tindakan lawak beliau itu yang dianggap menyentuh isu sensitiviti. Sebuah page kami boikot Johan kini telah mengumpul bilangan ahli yang banyak dari setiap minit. Apa sudah jadi, adakah ini bermulanya zaman kejatuhan Johan? Kenapa tidak Afdlin Shauki atau Harun Salim Bachik?

Video Yang berdurasi 7 minit 48 saat ini dilakonkan oleh Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Dee dan seorang pelakon ekstra dari India.



Macam biasa, isu Politik nie teramatlah sensitif pada rakyat Malaysia dan kali nie Johan pulak yang terkena ‘tamparan’ hebat daripada peminat sehingga Fanpages Boikot Johan diwujudkan. Walaupun Kumpulan Boboi turut serta melakonkan video pendek ini, tetapi tumpuan utama hanya kepada Johan. Yelah, Johan kan baru jer lepas dinobatkan ‘Pelakon Komedi Popular’ baru-baru nie kan.

Diharap Johan dapat menjelaskan isu Video Johan Kutuk Bersih 3.0 ini secepat mungkin sebelum peminat Johan ‘hilang’ seorang demi seorang.

Kalau ikutkan dari sumber yang kami terima, Johan akan meminta maaf secara terbuka kepada semua orang terutamanya peminat Johan.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved