Fizz Fairuz Muka Tebal Jawab Isu Percintaan Almy Nadia

on Sunday 20 May 2012

Pelbagai reaksi lisan yang didengari dari peminat berkenaan percintaan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Muka Tebal, Makan Diri, Muka Tak Malu itu lah yang harus ditelan oleh Fizz Fairuz apabila mengejutkan Almy Nadia bahawa dia akan berkahwin dengan kekasihnya akhir tahun ini.

Baru-baru ini Mstar telah menghubungi artis tersebut berhubung kenyataan itu dan jawabnya

Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham, katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.

Isu terkini, Fizz Fairuz secara tiba tiba membuat kenyattan kali kedua dan mengejutkan bahawahubungan mereka kini di ambang keretakan.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.


Berikut adalah maklum balas dari Almy Nadia berhubungan kenyataan Fizz Fairuz

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, juga dilaporkan sebagai berkata, aktor itu sekadar bercakap tanpa berfikir panjang.

Dia turut menyifatkan ia sebagai gurauan semata-mata mengenai hasrat untuk berkahwin kerana hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.

Almy dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 9 Mei lalu, mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.

Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz.

Dalam pada itu, Almy yang dihubungi pula tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

"Tak nak komen... Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy.


G.A.M harap perkara ini eloklah diselesaikan dengan cara orang matang, jangan seperti kebudak-budakkan yea, kedua dua nya dah besar panjang tu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved