Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya Aida Yusof

on Thursday 17 May 2012

Musim 2012, merupakan tahun yang penuh dengan kontroversi skandal seks dan penceraian, kali ini Adi Putra telah mengesahkan dan menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami, katanya.

ada mengatakan penceraian ada kena mengena pihak ketiga

Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.

Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara perceraian akan berlaku dalam rumah tangga saya.

Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang, tambah Ady Putra lagi.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved