Rozita Che Wan berang dan mahu saman penyebar fitnah

on Thursday, 5 April 2012

Baru - baru ini Datuk Siti Nurhaliza telah menampilkan diri berkenaan isu fitnah Datuk K berhubung mahu berkahwin dan telah disunting dengan Rozita Che Wan. Dalam kenyataan berikut Siti Nurhaliza menyatakan bahawa mempercayai akan Suaminya Datuk K yang senantiasa berada disisi nya dan sekali gus gosip tersebut adalah berbau fitnah.

Hari ini Rozita Che Wan juga memberanikan diri bagi menjelaskan bahawa gosip yang di war warkan itu adalah fitnah sama sekali dan dalam petikan media tempatan, dia mengatakan bahaya dia tidak pernah menjumpai datuk K dan bagaimana isu tersebut boleh ditimbulkan?

Ia mengakui bUKAN sekali tetapi tiga kali dia terpaksa berhadapan dengan gosip yang sama - kononnya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan yang juga merupakan suami kepada penyanyi terkenal tempatan.

Tidak dinafikan gosip-gosip liar itu telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit buat dirinya.

Amat terkilan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pelakon popular, Rozita Che Wan memberitahu, gosip itu bukan sahaja menyinggung perasaannya tetapi juga mereka yang dikaitkan.

Justeru pelakon ‘bergetah’ berusia 39 tahun itu berhasrat mengemukakan saman kepada penyebar fitnah terbabit.

Tegas ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Malah Rozita sendiri mengakui amat terkejut dengan penyebaran berita terbaru yang mengatakan dia bakal menjadi isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) iaitu suami kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, berita yang sama turut diperkatakan khalayak.

“Gosip ini tersebar dalam tempoh dua tahun ini. Dan kali ini berita itu disebarkan pula melalui penulis blog. Saya sendiri terkejut dengan penyebaran fitnah tersebut.

“Saya tidak nafikan perkara ini agak menganggu kerana ia bukan sahaja membabitkan diri saya tetapi juga beberapa pihak yang dikaitkan.

“Oleh itu saya berhasrat untuk menyaman mereka mereka yang tidak bertanggungjawab dengan penyebaran fitnah ini,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri majlis pernikahan Azza Elite di Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Ahad lepas.

Menurut Rozita, tindakannya untuk mengemukakan saman adalah untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mencetuskan kontroversi kurang berasas terhadap dirinya.

“Saya langsung tidak pernah bertemu dengan Datuk K, jadi saya juga hairan mengapa tiba-tiba sahaja dikaitkan akan berkahwin dengannya.

“Seharusnya mereka tahu untuk menghormati perasaan orang lain memandangkan tohmahan ini juga berkait dengan keluarga pihak yang terbabit,” katanya.

Malah Rozita turut bersetuju dengan kenyataan Siti Nurhaliza yang dikeluarkan di akhbar baru-baru ini agar laman blog portal hiburan lebih sensitif dengan setiap berita yang dilaporkan.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah dia akan mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solonya demi meredakan kontroversi yang melanda diri, pelakon itu serius menyatakan pendirian.

Katanya, perkahwinan bukan jalan penyelesaian yang mampu membantunya keluar daripada kemelut kontroversi seperti ini.

Malah dia tidak mahu kesucian perkahwinan digunakan sebagai medan untuk dirinya melepaskan diri dari dunia gosip yang sering melanda kehidupannya.

“Saya rasa sekalipun saya berkahwin, jika masih ada yang mahu menulis kontroversi, mereka tetap akan menulis.

“Jadi perkahwinan bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi ini,” katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie, Sayang Cok Man untuk TV2.

Masih sendiri

Mengakui masih belum ada calon yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menjadi suami, Rozita ketika ini lebih selesa untuk bersendiri.

Malah dia mengaku lebih berhati-hati sebelum benar-benar mahu membuka pintu hati kepada lelaki.

“Saya masih lagi solo dan tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Jadi isu yang mengatakan saya bakal berkahwin dalam masa terdekat ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya tegas.

Sementara itu juga Rozita turut menjelaskan bahawa kehilangan anaknya Aniq Ezra Azuar Effendy, 14, yang dikatakan lari dari rumah akibat merajuk dengan dirinya yang kononnya mahu melangsungkan perkahwinan juga satu fitnah.

“Kami ada sedikit perselisihan faham, namun bukanlah sebab saya mahu berkahwin.

“Dia cuma merajuk tentang perkara kecil sahaja. Apapun sekarang pulih dan anak saya sudah tak merajuk lagi,” katanya.

Bagi Rozita buat masa ini soal perkahwinan bukan lagi menjadi perkara pokok untuk dirinya. Ini kerana apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.

“Jujurnya anak-anak tidak mempunyai masalah jika saya mahu berkahwin lagi.

“Bagaimanapun kita tidak tahu perasaan sebenar mereka, dan untuk itu lebih elok bagi saya agar tidak terlalu bercakap mengenai hal ini,” katanya sambil tersenyum.

Bukan niat untuk meragui setiap cinta yang ditawarkan lelaki, bagi Rozita buat masa ini biarlah dia memberi tumpuan kepada keluarga dahulu.

“Saya bukan takut dengan perkahwinan.

“Cuma lebih berhati-hati kini. Bukan apa setelah sekian lama bersendiri ada lebih baiknya saya mengambil langkah ini,” katanya.

Mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda sebelum ini, kata Rozita ia bukanlah seperti apa yang disangka dan sekadar digembar-gemburkan oleh pihak lain.

“Kami hanya berkawan sahaja. Dan sehingga hari ini kami masih kekal sebagai kawan biasa,” katanya ringkas.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved