Fouziah Gous Bertunang - Kekasihnya Datuk Seri

on Sunday 22 April 2012

Pelakon kurus lampai yang menjadi kegilaan lelaki masa kini telah mengesahkan mengenai keintimannya dengan seseorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Fouziah Gous berusia 29 tahun membuat pengakuan bahawa dia mula intim beberapa bulan lepas walaupun sebelum ini telah mengenali lelaki tersebut.

Aktres ini mula menceritakan detik detik hati nya bahawa dia mula rapat apabila melihat ketutlusan dan kesungguhan jejaka itu untuk berkawan dengannya.

Walaubagaimanapun aktres ini menegaskan proses ini masih didalam mengenali hati budi dengan lebih mendalam sebelum ke tahap yang lebih jauh. katanya secara ekslusif kepada mStar Online.

Fouziah berkata sejak hubungan ini terjalin sehingga kini baru kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain - katanya.


Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.

Nasihat G.A.M sekiranya jodoh telah tiba apa salahnya ke tahap seterusnya. Apapun G.A.M ucapkan semuga kedua-duanya akan terus ke tahap perkahwinan yang dinantikan oleh setiap pasangan hidup.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved