Filem Titanic Cipta Rekod Baru Kaut USD2 Billion

on Wednesday 18 April 2012

Filem Titanic adalah sebuah filem romantik dimana hero dan heroin mati di lautan kutub ais atlantik diakhiri filem tersebut.

Ketika filem ini ditayangkan pada tahun 1997, filem ini berjaya mengutip USD1.84 billion dan tayangan semula 3D telah menambah kutipan sebanyak USD190.8 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah USD2.03 billion.

Filem yang pernah mencetuskan fenomena ketika ditayangkan pada tahun 1997, Titanic sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi filem kedua dalam sejarah perfileman dunia yang berjaya mencecah kutipan tiket melebihi USD2 billion.

Filem arahan pengarah ternama, James Cameron ditayangkan buat kali kedua dalam format 3D sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu.

Satu-satunya filem yang mengutip jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah ini adalah filem fiksyen ‘Avatar’ juga arahan James Cameron yang berjaya mengaut sebanyak USD2.8 billion.

Tahniah James Cameron kerana mencipta Mutu Perfileman yang begitu high class sehinggakan impact filem tersebut masih menjadi perbualan orang ramai sehingga kini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved