Datuk K mahu mengahwini Rozita Che Wan - Siti Percaya Suaminya

on Tuesday 3 April 2012

Demikianlah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33 dan mengakui diduga lagi dengan gosip terbaru apabila suaminya , Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) dikatakan mahu mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan, Siti menyambut perkhabaran itu dengan perasaan ‘kosong’.

“Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul.

“Kadang-kadang memang Siti geram juga tapi Siti malas nak layan sebab akhirnya kita juga yang pening. Sebagai isteri, tentu kita lebih kenal siapa suami kita dan tiada sebab Siti nak curiga dengan DK (Datuk K). Siti pula jadi kesian dengan DK apabila kawan-kawan bertanya tentang gosip itu.


“DK nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya,” ujar Siti ketika ditemui kelmarin.


Enggan melayan cerita karut sebegitu, Siti akui kalau ada perasaan yang terbit pun ia hanyalah lebih kepada rasa kesal kepada pihak yang tidak sudah-sudah menabur fitnah.

Mengulas laporan akhbar ini Jumaat lalu mengatakan, Rozita atau Che Ta khabarnya mahu mengahwini Datuk K, perkara itu juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh Rozita.

Bahkan pelakon drama Bunga Bunga Syurga itu merancang untuk menyaman penyebar fitnah itu kerana laporan berkenaan menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

“Susah juga hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas.

“Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah s.w.t.
Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa semoga dosa penyebar fitnah itu diampunkan sebab dosa orang fitnah lebih dahsyat daripada membunuh,” katanya.

Langsung tidak pernah terdetik untuk membenci Rozita, kerana Siti sedar bahawa aktres itu juga menjadi mangsa keadaan.

“Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga,” katanya lagi.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved