ALBUM BARU: 'Zamani Terbaik' Ubati Rindu Para Peminat

on Sunday 15 April 2012

ALBUM: Zamani Terbaik
ARTIS: Zamani
EDARAN: Sony Music Entertainment
SEPERTI yang diketahui ramai, Zamani tidak pernah gagal dalam muziknya dan sering menjadi perhatian setiap kali muncul dengan lagu-lagu baru.
Buat para peminat yang merindui penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini, ia pasti dapat diubati dengan kehadiran album kompilasi terbaru terbitan Sony Music Entertainment yang berjudul Zamani Terbaik.
Menarik tentang album ini, ia merupakan kompilasi yang mengumpulkan lagu-lagu popular Zamani dan kumpulannya, Slam, yang mula popular sejak tahun 1990-an itu.
Sebanyak 16 buah lagu dimuatkan, semestinya lagu seperti Syair Si Pari-Pari, Terima Kasih, Kurnia dan Andai Gerimis Tiada Pasti menjadi pilihan buat para peminat setianya.
Zamani turut merakamkan lagu-lagu popular penyanyi lain seperti Jangan Kau Rayu, nyanyian Rahim Maarof dan Namun Ku Punya Hati oleh Revolvers.
Ternyata walaupun Zamani semakin kurang aktif dalam industri seni muzik, lagu-lagu lamanya masih lagi menjadi ingatan dan kerana itu pihak Sony yakin album kompilasi ini mampu laris dijual.
Suara lunak Zamani yang masih kekal nadanya sejak dahulu lagi boleh dikatakan masih lagi sesuai untuk didengar pada masa kini.
Malah saya percaya, ada juga generasi muda yang meminati penyanyi yang kerap membawakan lagu-lagu berentak balada dan pop rock ini.
Apa-apapun, saya agak tertarik dengan lagu Jangan Kau Rayu dan Namun Ku Punya Hati, nyanyian Zamani yang tersendiri mampu membuai jiwa pendengar.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah, Tak Kenapa, Biarkan ia Pergi, Bila Matamu Berkaca, Semanis Mungkin, Seribu Mimpi, Gejolak Rindu, Kala Hujan, Malam Seribu Gelisah, Dari Mata Hati dan Nista.

- ---
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved