Aaron Aziz balas kritikan Zed Zaidi Isu Warganegara

on Tuesday 10 April 2012


Minggu lalu selepas kemenangan mutlak Aaron Aziz di ABH, timbul bau bau banchang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Zed Zaidi - Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia telah mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz atas dasar kenegaraan. Zed Zaidi juga telah menyindir rakyat malaysia kerana mengundi Aaron Aziz yang asalnya bukan warganegara malaysia.


Komen Zed Zaidi di Twitter tentang kemenangan Aaron Azizi


Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.


Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,” katanya.



Aaron Aziz balas kritikan Zed Zaidi

Petikan yang diambil dari mStar online,

Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

“Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.
So apa pandangan anda semua?


INI PULA ISU TERBARU Isu ABPBH - Aaron Aziz, Zed Zaidi, Datuk Siti Nurhaliza di hentam- Blogger Politik PapaGomo dan Parpu Kari Campur Tangan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved