Bakal Tunang Izreen Azminda Lelaki Bermasalah?

on Thursday 29 December 2011



KUALA LUMPUR – Tentu ramai peminat drama bersiri kenal dengan pelakon drama popular, Izreen Azminda, yang baru-baru ini mengaku bakal bertunang dengan seorang jurukamera produksi, Mohammad Riza Baharuddin, pada 1 Januari ini.
Nama Izreen Azminda melonjak naik apabila lakonannya begitu menjadi menerusi drama bersiri Juvana sebagai Cikgu Zakiah dan membawa watak Melly, seorang gadis kampung yang liar di dalam drama popular terkini, Tentang Dhia.


Bagaimanapun, sedang Izreen menghitung hari pertunangannya yang tinggal beberapa hari saja lagi, timbul pula perkhabaran yang tidak enak didengar apabila blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu bahawa laman web itu telah menerima satu emel yang memburuk-burukkan bakal tunangnya, Riza.
Mengkategorikan dakwaan emel tersebut sebagai gosip, Rotikaya.com, menyatakan memang wujud dakwaan sebelum ini yang mengatakan bahawa seorang pengurus produksi yang dikenali sebaga Rafeda mengaku Riza adalah tunangnya dan menuduh Izreen Azminda sebagai perampas tunang orang.
“Antaranya adalah satu dakwaan dari seorang pengurus produksi bernama Rafeda yang mengatakan Riza merupakan tunangan beliau & Izreen Azminda merupakan perampas lelaki itu dari hidup beliau sebelum ini,” kata pemilik blog tersebut.
Bagaimanapun, Izreen Azminda kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.
Namun, kehadiran emel tersebut telah mengundang persoalan itu kembali apabila mendakwa bahawa Riza pernah bernikah dengan Julia Daud yang merupakan bekas isteri pelakon terkenal, Badrul Muhayat, dan wanita itu ditinggalkan begitu sahaja ketika sarat mengandung anak pertama mereka.
Menghangatkan gosip itu lagi, pengirim emel itu yang hanya dikenali sebagai ‘MJ’ mendakwa Riza meninggalkan Julia yang sedang sarat itu disebabkan oleh Rafeda.
Menurut MJ lagi, Rafeda dikatakan masih menyimpan segala bukti bergambar dan rakaman video percutiannya bersama Riza ke luar negara ketika mereka sedang ‘mabuk’ bercinta.
Lebih berani, MJ mendakwa bahawa Rafeda pernah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungannya bersama Riza dan jurukamera itu telah bertindak menggugurkan kandungan tersebut memandangkan Riza masih lagi begelar suami kepada Julia.
Mungkin kasihan dengan Izreen Azminda, MJ merayu agar pelakon drama itu bersemuka dengan Rafeda dan Julia untuk mendapatkan kepastian mengenai segala dakwaan tersebut
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved