Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya mengaku bercinta

on Sunday 15 August 2010

Akhirnya Awal Ashaari mengaku juga yang dia sebenarnya memang sedang hangat bercinta dengan Scha Al-Yahya.. Setelah hampir setahun Awal digosipkan bercinta dengan Scha, Baru kini diaorang nak mengaku.. Menurut Awal Ashaari, Mereka berdua ni sudahpun hampir 10 bulan bercinta.. wah.. lama juga mereka berdua ni simpan rahsia ek.. Tambah Awal Ashaari lagi.. dia kini sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha.. Bagus la tu kan.. benda baik tak elok kalau dilambat-lambatkan.. jom kita baca apa kata Awal Ashaari…

“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.

“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin. Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal. (sumber: gua.com.my)


Bagus la tu.. Kalau dah mampu tu kahwin la cepat-cepat.. MyGosip harap hubungan percintaan mereka berdua ni kekal hendaknya sehingga ke anak cucu..

Tapi kami teringat apa yang dikatakan oleh Fahrin Ahmad satu ketika dulu apabila ditanya adakah Awal Ashaari menjadi punca perpisahan Fahrin dengan Scha.. jom kita buat flashback…

jawap fahrin…
“Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang,”

“Pada peringkat awal, saya yakin tiada jodoh dan tiada keserasian antara kami. Namun, apabila masa berlalu saya nampak kebenarannya”
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved