Kubur Michael Jackson Diceroboh

on Monday 19 July 2010



Peminat Michael Jackson meninggalkan 5000 keping gambar, permainan, bunga dan barangan lain di tepi kubur Michael Jackson untuk memperingati ulang tahun kematian Michael Jackson.Abang Michael Jackson, Randy pernah menyeru pihak pengurusan tapak kubur membenarkan peminat Michael Jackson masuk ke kawsan perkuburan tetapi pihak berkuasa menolak cadangan itu. Kerana dikhuatiri pengujung yang ramai akan merosakkan tempat tersebut malah dikata penghibur lagenda Clark Gable dan Jean Harlow juga dikebumikan di Forest Lawn. Sedikit imbasan, Michael Jackson meninggal pada umur 50 tahun pada 25 jun 2009. Doktor Michael Jackson iaitu Conrad Murray telah didakwa kerana dikatakan mempunyai hubung kait dalam kematian Michael Jackson.

”Miss you sweet angel’ dan ‘Keep the dream alive’ Michael Jackson antara ayat tulisan yang diconteng pada permukaan dinding bangunan di tapak perkuburan, kawalan keselamatan di Forest Lawn cemetery, Los Angeles menjadikan tanda tanya. Pihak yang bertanggungjawab di tanah perkuburan itu merasa marah dengan kejadian pencerobohan dan tulisan yang diconteng pada dinding. Tiada laporan polis dibuat namun jika sesiapa dijumpai melakukan vandalisme di kawasan perkuburan, mereka tidak boleh memasukinya lagi.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved