(Gambar) Kelahiran Anak Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

on Friday 10 July 2009



Berita yang baru kami terima, Rita dan Aidil Zafuan baru sahaja selamat menerima kehadiran cahaya mata sulong mereka. Nama diberi Aidit Rayyan Rizqin. Sangatlah urban nama tersebut. Maksudnya, nanti mereka inform la tu kalau ditanya wartawan. Kelahiran pada awal petang semalam diantara 1:00 - 1:30 PM (8/7/2009) di Pusat Perubatan Prince Court, KL.

Agaknya apa pula impressi keluarga Aidil Zafuan ni ya? Rasanya dah sampai masa nya buka buku baru. Buang yang keruh ambil yang jernih. Bukan nak cakap apa, anak anda pun bukan lah baik sangat. Lihat sahaja perangai si kembar Aidil Zafuan tu. Kecoh satu malaya tonggang air syaitan. Siapa nak jawab? At least perkahwinan Rita dan Aidil Zafuan ni halal di sisi agama. Mana nak anak buat maksiat atau terus membina masjid?

Renung-renungkan dan selamat menerima cahaya mata. Tak guna jadikan bayi sebagai mangsa. Kesian Rita dan Aidil. Apapun selamat menjadi seorang ibu dan bapa yang terbaik.







Comelnya anak pasangan kontroversi Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang baru dilahirkan semalam.

Bayi penyeri hidup yang diberi nama Aidit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg.

Rayyan dilahirkan petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat.

Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin.

Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil.

Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga.

"Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan," kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital.












Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved