Punch Gunalan Meninggal Dunia - Bekas Bintang Badminton Malaysia

on Wednesday 15 August 2012

Baru baru ini rakyat malaysia di gemparkan dengan berita bekas jaguh badminton negara Datuk Punch Gunalan meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya pagi ini akibat barah setelah terlantar sakit tenat sejak dua minggu lepas.

Pada 1970, Punch Gunalan  mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Komanwel untuk Malaysia di Edinburg, Scotland. Beliau pernah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij All England dalam acara beregu lelaki bersama pasangannya Ng Boon Bee pada tahun 1971.



Punch Gunalan bergiat aktif sebagai jurulatih kebangsaan selepas bersara sebagai pemain dan berjaya membimbing skuad kebangsaan meraih kejayaan pada Kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1992. -sumber bernama-


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved