Abby Mahu kembali berlakon?

on Friday 17 August 2012


PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Rata - rata ada yang bersetuju dengan pendapat artis ini, dan ada juga yang kurang senang dengan hujah hujah beliau berikut artis seksi zaman sekarang?

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

“Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah,” tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,” katanya.

sumber : sinar harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved