KL Gangster Kaut RM6.2 Juta dalam 4 Hari!

on Sunday 12 June 2011

http://says.my/offer2u/milo-mini-vanwah...memang masyuk betul anak dato ni, dengarnya dari facebook beliau, sudah diumumkan bahawa filem terbarunya telah mengutip RM6.4 juta tak sampai seminggu tayangan pun lagi. Memang mantap la kutipan filem ni, tak sampai seminggu dah boleh pakai gelaran 'six million ringgit man' dah, tahniah bro, filem ni memang best pun.

Dah daftar Says.My ? Luahkan segalanya, klik sini untuk daftar.



Sinopsis Filem KL Gangster

Sinopsis KL Gangster,

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Koleksi Van Milo Edisi Terhad! Dapatkan di sini!

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.


ps: agaknya PEKIDA punya isu tu nak bagi panas jek supaya orang tonton filem ni...hehehe
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved