Studio Linda Jasmine bankrup?

on Wednesday, 23 March 2011


Pakar tarian dan koreografer itu ketika dihubungi Hits berkata, dia hairan mengapa studio kecil miliknya itu menjadi bahan berita sebegitu.

Kata Linda, 38, syarikatnya kecil sahaja berbanding dengan syarikat atau perniagaan milik orang lain dan memang lumrah bagi mana-mana perniagaan, ada pasang dan surut.

"Saya tidak menafikan dalam perniagaan ada susah dan senang. Kalau bulan puasa, perniagaan memanglah lembap sikit sebab siapalah nak datang menari.

"Tetapi Syarikat saya tidak bankrap! Masih berjalan seperti biasa. Pada hari-hari biasa, pihak saya memang mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di merata tempat dan majlis," katanya.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini juga melahirkan rasa kesal kerana ada orang yang sanggup menyebarkan berita yang tidak benar.

Berdasarkan cerita itu, Linda seakan-akan sudah dapat 'menangkap' siapakah yang membuat cerita berkenaan kepada pihak media.

"Saya sudah membabitkan diri dalam bidang ini lebih 20 tahun. Bukan baru semalam saya menjadi guru tari. Saya mula mengajar tarian sejak usia 13 tahun lagi dan tidak pernah ada musuh.

"Kalau orang berkenaan tidak puas hati, kenapa dia tidak datang untuk bersemuka dengan saya? Kenapa mesti buat cerita tidak benar pada pihak media.

"Di sebabkan cerita itu, mesti orang pandang serong terhadap saya dan sudah pasti imej syarikat saya tercalar," katanya sedih.

Menurut bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia itu, sepanjang menjalankan bisnes studio berkenaan, dia tidak mempunyai kakitangan atau pekerja tetap.

Sebaliknya, ujarnya, tenaga pengajar atau pekerja yang beroperasi di bawah syarikat tersebut adalah kakitangan separuh masa.

"Memang ada beberapa kakitangan tetapi mereka adalah pekerja separuh masa sebab masing-masing sudah terikat dengan kerjaya lain.

"Jadi tidak timbul pekerja tidak dapat gaji," katanya.

Selain itu, Linda berkata, dia juga tidak menghadapi masalah dalam mengendalikan para pelajar yang datang dan pergi mengikuti kelas tarian.

Makan angin

Mengenai dakwaanpercutian ke luar negara, Linda memberitahu ia tidak ada kena mengena langsung dengan bayaran gaji pekerja.

"Hanya sekali saya pergi makan angin ke luar negara. Itu pun pergi bertemu sanak saudara. Kalau pergi bercuti dengan keluarga, kami cuma ke Cherating sahaja," kata Linda.

Dalam pada itu, Linda memberitahu, mulai Jun ini, dia akan sibuk menjadi juri untuk pertandingan tarian antara sekolah-sekolah di Malaysia.

"Tahun lalu saya bersama Sazzy Falak menjadi juri untuk pertandingan tarian antara sekolah-sekolah.

"Tetapi tahun ini, saya akan bersama Stacy. Kami akan pergi ke merata tempat dalam tempoh dua bulan. Waktu itu. saya memang sibuk," jelasnya.

Via Utusan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved