Saida Tetap Mahu Bercerai

on Tuesday 15 March 2011


Tup-tup semalam keluar di Kosmo yang Saida meminta fasakh di mahkamah. Kiranya Saida tetap mahu meneruskan penceraian. Kemungkinan besar hati Saida dah tawar yang teramat sangat terhadap suaminya.

Walaupun suami Saida, Mohd Ghazali cuba untuk berdamai dan tidak mahu penceraian berlaku, nampaknya Saida sudah nekad untuk berpisah. Mungkin inilah langkah yang terbaik. Kata orang kalau dah tak sayang kat seseorang buat apa nak tinggal bersama lagi kan? Adalah sebab-sebab yang kita tidak ketahui sehingga Saida begitu beria memohon penceraian.

Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 5. Mohd Ghazali sudah 3 kali tidak hadir untuk prosiding mahkamah dan perbicaraan kes seterusnya akan berlangsung pada 18 Mac ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved