AIM 17: Malam Gemilang Buat Faizal Tahir, Yuna

on Sunday 2 May 2010



Teks oleh Thani Hasbullah

Foto oleh Mazlan Photgraphy

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2009: Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi menyaksikan 24 pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan.

Antara karya yang telah meraih kejayaan adalah lagu ciptaan Yuna, Dan Sebenarnya yang meriah 2 gelaran iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. Selain tiu Yuna turut merangkul Artis Baru Terbaik.

Album Adrenalin dari Faizal Tahir hasil terbitan Audi Mok, Faizal Tahir dan Ahmad Izham Omar pula memenangi Anugerah Album Terbaik dan Album Rock terbaik.

Anugerah Kembara pula diterima oleh Bunkface di atas kejayaan mereka membawa muzik negara ke persada antarabangsa. Manakala Anugerah Wirama diterima oleh Adnan Abu Hassan di atas sumbangan beliau dalam industri muzik tanahair selam 35 tahun.

Malam Kemuncak AIM17 yang bermula seawal jam 8.30 malam tadi, disiarkan secara langsung di saluran NTV7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada segmen persembahan yang pula itu menyaksikan kemunculan penyanyi tempatan yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa iaitu Zee Avi.

Acara yang dihoskan Afdlin Shauki & Adibah Nor Penyanyi itu juga turut menampilkan persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila dan Point Blanc.

Sementara selebriti yang menyampaikan anugerah pula terdiri daripada Amanda Imani, Hafiz, Diana Danielle, Colabr8, Basil (FlyFM), Jo-Anna Henley, Liyana Jasmay, Mawi, Prema Yin, Ruffedge, Soo Wincci, Tini (Hot FM) dan Shruthi.

Berikut senarai pemenang bagi 24 kategori yang dipertandingkan.

Artis Baru Terbaik

Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna - Pemenang

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor) - Pemenang
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) - Pemenang
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah) - Pemenang
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)

Kulit Album Terbaik

Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree) - Pemenang
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)

Rakaman Album Terbaik

Akasha (Into...Akasha) - Pemenang
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)

Video Muzik Terbaik

Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit) - Pemenang
Eyo Eyo (Prema Yin)

Lagu Pop Etnik Terbaik

Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris) - Pemenang
Inang Anak Perantau (Saujana)

Album Nasyid Terbaik

Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam) - Pemenang
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)

Lagu Nasyid Terbaik

Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam) - Pemenang
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)

Album Rock Terbaik

Adrenalin (Faizal Tahir) - Pemenang
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)

Lagu Rock Terbaik

Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface) - Pemenang
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

Album Pop Terbaik

Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah) - Pemenang
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)

Lagu Pop Terbaik

Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna) - Pemenang

Album Hip Hop Terbaik

Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique) - Pemenang
The Turning Point (Point Blanc)

Lagu Hip Hop Terbaik

Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique) - Pemenang

Album Inggeris Tempatan Terbaik

Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree) - Pemenang
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna) - Pemenang

Album Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I'm Karen (Karen Kong) - Pemenang
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai) - Pemenang
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)

Album India Tempatan Terbaik

Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi) - Pemenang
Saran Z Ennavaley (Saran Z)

Lagu India Tempatan Terbaik

Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Pemenang
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti) - Pemenang
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor) - Pemenang
Greg Henderson (Prema Yin)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved