Kecoh selepas majlis nikah Noniswara

on Sunday 11 October 2009

Setiap pernikahan pasti disulami air mata kegembiraan kerana diri sah menjadi milik insan tercinta. Namun lain pula halnya dengan Noniswara.

Masakan tidak, tetamu dan pasangan pengantin disuruh keluar selepas majlis pernikahan selesai. Majlis bahagia itu tercacat sedikit.

Terkedu juga tengok apabila seorang kakitangan masjid yang tiba-tiba muncul dan menyuruh semua tetamu keluar daripada kawasan masjid.

Khabarnya pihak masjid tersinggung dengan tetamu yang berpakaian tidak mengikut syarat yang dikenakan untuk masuk ke dalam masjid.

Nasib baik kejadian penuh drama ini berlaku sejurus selepas selesai majlis pernikahan Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan.

Kalau kejadian berlaku sebelum sebelum majlis bermula, mungkin akan jadi lebih kecoh. Namun Nonis dan pasangan tidak panik dan masih boleh bertolak ansur walaupun perkara itu tidak dijangkanya.

Suaminya juga nampak tenang dan masih berdiplomasi apabila perkara itu berlaku. Semestinya sebagai orang yang menumpang tempat orang, beliau mahukan yang terbaik sahaja.


Apa-apa pun perjalanan majlis tersebut masih lancar dan tidak ada perkara bukan-bukan berlaku.

"Nonis tak pernah berdendam dan tak ambil hati atas apa yang berlaku kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

"Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan lancar," ulas Nonis mengenai insiden yang berlaku pada majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan itu.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Artis Kini All Rights Reserved