Ketua pasukan dan tonggak pertahanan Jerman, Philipp Lahm berjaya meletakkan pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-39.
Begitupun penyerang Greece, Georgios Samaras mengejutkan lawan hanya 10 minit selepas separuh masa kedua disambung apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gerakan serangan balas.
Harapan Greece untuk melakar kejutan bagaimanapun tidak kesampaiakn apabila voli cantik Sami Khedira (61), tandukan Miroslav Klose (68) dan voli Marco Reus (74) meledak tiga gol untuk Jerman selesa mendahului 4-1.
Seminit sebelum tamat permainan, Greece dihadiahkan sepakan penalti selepas tendangan Vasilios Torosidis terkena tangan pertahanan Jerman, Jerome Boateng, dan Dimitris Salpingidis menyempurnakannya dengan baik tetapi ia sudah terlewat untuk juara Euro 2004 itu membuat kebangkitan.
Jerman akan menyiapkan diri untuk menghadapi England atau Itali yang bakal berentap dalam satu lagi saingan suku akhir, esok. Pemenang perlawanan esok bakal bertemu Jerman.
KEPUTUSAN
GERMANY (4) VS GREECE (2)
Tahniah buat pasukan Jerman. Semoga rentak permainan ini akan dikekalkan. G.A.M ada salah seorang penyokong Jerman.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment